Apakah tanda-tanda keyboard laptop rosak?

Keyboard laptop mudah rosak jika tidak digunakan dengan cermat. Misalnya, kamu menaip seolah-olah kamu menggunakan mesen taip. Keyboard laptop sangat sensitif. Sekali tekanan manja sahaja dah boleh respon dengan baik.

Sebenarnya, keyboard laptop mudah untuk ditukar. Ia dihubungkan dengan beberapa gabungan wayar penghubung sahaja dengan motherboard laptop. Apabila dipisahkan daripada laptop, seolah-olah bagaikan papan nipis sahaja.

Ada sesetengah pengguna, jika keyboard rosak, mereka pisahkan keyboard tersebut dan hubungkan keyboard usb sahaja. Itu merupakan satu alternatif jika kamu tiada budget untuk menukar keyboard laptop yang baru. Biasanya harga keyboard laptop boleh menjangkau sehingga RM 200 sedangkan keyboard usb, RM 15 sudah boleh didapati.

Tanda-tanda utama keyboard laptop rosak 

Semasa kamu mahu ON laptop kamu, laptop akan mengeluarkan bunyi beep berulang kali. Kadang-kadang apabila masuk windows baru ia akan berhenti berbunyi. Ada juga kes laptop berbunyi tetapi screen gelap sahaja.

Selain itu, semasa kamu menaip, sekali tekan butang huruf, berderet akan keluar seolah-olah kamu tekan butang tersebut banyak kali. Contoh, RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR. Selalunya ini tanda awal sebelum bunyi beep dikeluarkan. Apabila tahap beep berbunyi, keyboard laptop sudah tidak boleh berfungsi.

Untuk memisahkan keyboard daripada laptop tidak susah. Ia hanya perlu dicungkil sahaja pada bahagian sisi keyboard tersebut. Contoh seperti gambar di bawah:


Ada juga laptop yang perlu dibuka skru di bahagian belakang terlebih dahulu. Jika kamu tidak jelas, kamu boleh mencari cara di Youtube. Taip sahaja model laptop kamu. Jika tidak berani bawa saja ke kedai komputer.

Adakah laptop kamu juga mengalami  masalah serangan virus? Jika ya, apa kata kamu cuba membaca apakah tanda-tanda laptop atau komputer diserang virus.

1 comment:

  1. Keyboard USb berfungsi kah tuan kalau keyboard laptop tidak?

    ReplyDelete

Feel free to give any comment or ask any question...